Tanggal 3 Mac yang lalu kami meneruskan aktiviti meredah samudra untuk beraksi sekali lagi di Tuas Yan.Kali ini kami berkongsi pengalaman dan dapat beraksi dengan rakan-rakan pancing Sea Lion Klang,Amin,Hafis,Faiz dan Ali Alphat.
Memulakan perjalanan di kala air sudah surut benar.
Barisan bot "pelancong" bergerak berderetan keluar dari pengkalan nelayan Kuala Dulang.
Sebahagian "pelancong" bersedia untuk berlepas.
Kami disambut kawanan ikan lumba-lumba.
Cuaca yang mendung membayangkan usaha kami akan menemui kegagalan nantinya.
Sebuah lagi bot rakan "pelancong" di tuas berhampiran.
Memulakan aksi.Berbagai teknik dilakukan, casting,bottom dan menggunakan bulu ayam namun begitu liat untuk menjinakkan mangsa di bawah. Air yang kelabu menjadikan tenggiri dan ikan lain begitu pasif.
Pada saat-saat akhir barulah ada sedikit kejutan. Itupun "casting" berumpankan sotong getah yang dibawa oleh saudara Amin.Terluka oleh tusukan mata pancing.
Tidak banyak aksi yang dapat dirakamkan. Hujan dan percikan air laut membantutkan usaha penggambaran.
Berlepas pulang agak awal kerana dikhuatiri ribut melanda.
Kekecewaan pada wajah rakan-rakan, Amin, Hafis,Faiz, Juragan Nizam dan Ali.
Hanya 3 ekor tenggiri bersais "S", beberapa ekor banang dan ikan-ikan kecil lain sebagai rezeki.
Tokan: Kepada rakan-rakan, usah patah semangat.Perjuangan tetap diteruskan.MENJORAN UNTUK SEMUA- FISHING 4ALL!!!!!
Jumaat, 25 Mei 2012
Selasa, 15 Mei 2012
PERUTUSAN HARI GURU 2012 - KPM
PERUTUSAN HARI GURU 2012
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
“GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.
Tuan-tuan, puan-puan warga pendidik dan murid-murid yang dikasihi sekalian,
1. Semenjak tahun 1972, peranan dan fungsi guru telah diiktiraf begitu signifikan dan diabadikan menerusi ungkapan tema Hari Guru yang diraikan pada 16 Mei setiap tahun. Guru dipandang tinggi sebagai pemangkin pembangunan negara, pembentuk generasi dan menjadi asas kemajuan pendidikan negara di samping memacu kejayaan rakyat. Guru yang melengkapi diri dengan kualiti dan Standard Guru Malaysia diakui mampu menjamin keberhasilan negara, antaranya guru yang inovatif dan kreatif teras kejayaan wawasan, guru berkesan pendidikan cemerlang, guru berkualiti pemangkin kegemilangan dan guru cemerlang negara terbilang.
2. Pada tahun ini, tema “Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara” telah dipilih sebagai galakan kepada guru menyuburkan inovasi. Tema ini selaras dengan pengisytiharan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia bahawa tahun 2012 merupakan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional. Sehubungan itu, amat wajarlah bagi para pendidik mempersiap diri membudayakan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti koakademik serta kokurikulum di dalam dan di luar bilik darjah.
3. Sebagai golongan profesional yang menjana dan menjuarai perubahan, kita perlu peka dan bersedia memperlengkapi diri menjadi guru yang inovatif. Guru yang inovatif berupaya menjana idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkat amalan berkesan dalam menyampaikan ilmu kepada generasi anak didik. Guru yang inovatif juga berkemampuan mencipta kelainan atau modifikasi menggunakan unsur dan sumber sedia ada serta menjelmakannya sebagai elemen sintesis yang memudah dan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, seorang guru yang inovatif juga mempunyai tahap ketekunan yana tinggi, belajar daripada kesilapan, menyusun dan mengurus idea secara perekodan sistematik serta sentiasa cenderung mendapatkan pengetahuan baharu. Natijah yang akan dihasilkan ialah modal insan yang berpengetahuan dan bermaklumat serta berinovatif dalam mempermajukan teknologi, berkebolehan mencerna dan mengadaptasikan teknologi dan seterusnya berupaya mengembangkan idea-idea.
Warga pendidik yang diraikan sekalian,
4. Kesinambungan sistem pendidikan negara dimanifestasi melalui transformasi yang berbentuk dinamik dan progresif yang akan direalisasikan oleh para guru yang inovatif, proaktif, berdedikasi, dan berdaya saing. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan program bina upaya untuk meningkatkan amalan profesionalisme keguruan bagi menyokong usaha melaksana transformasi pendidikan secara keseluruhan. Objektif Pelan Pembangunan Profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Pendidikan secara khususnya bermatlamat melahirkan para pendidik yang berwatak profesional, berkompeten dan berkesanggupan memikul amanah yang lebih besar.
Warga pendidik sekelian,
5. Pelbagai ganjaran disediakan dan inisiatif direncana oleh pihak kerajaan bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan guru terjamin. Keprihatinan kerajaan ini disalurkan menerusi pelbagai usaha, misalnya melalui pemberian dan penganugerahan kepada warga guru seperti dalam aspek perjawatan dan perkhidmatan. Anugerah dan beberapa penambahbaikan dalam skim perkhidmatan guru menggambarkan keprihatinan kerajaan kita. Sesungguhnya perkara ini diharapkan menjadi sebagai satu inspirasi dan dorongan kepada guru untuk terus memberikan perkhidmatan yang effisyen dan cemerlang dalam dunia pendidikan yang berkembang pesat di samping melengkapkan diri bagi menghadapi cabaran global.
6. Pihak kerajaan dan kementerian juga amat prihatin dengan beban tugas guru yang semakin bertambah dan rencam. Sehubungan itu, bermula pada tahun 2012, Jawatankuasa Kerja Pelaksana Menangani Isu Beban Tugas Guru (JKPMIBTG) telah memberikan tumpuan kepada lima fokus utama bagi menangani isu beban tugas guru iaitu menambah baik pelan operasi latihan tahunan untuk mengelakkan pertindihan kursus; menambahkan staf sokongan untuk tugas perkeranian; mengurangkan bilangan jawatankuasa di peringkat sekolah; mengurangkan bilangan ujian/peperiksaan dan meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan sekolah dan pengajaran dan pembelajaran.
7. Justeru, saya ingin mengambil kesempatan ini mewakili semua warga pendidik di negara ini untuk menyatakan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak kerajaan yang tidak pernah meminggirkan kebajikan para guru. Keprihatinan berterusan oleh kerajaan ini merupakan suntikan semangat agar warga pendidik terus gigih, inovatif, berdedikasi dan berintegriti dalam menggalas tanggungjawab melahirkan generasi masa depan yang berjati diri, berdaya saing, bertanggungjawab, berpegang teguh kepada ajaran agama serta mengamalkan nilai sejagat.
Anak-anak murid yang disayangi sekelian,
8. Saya yakin bahawa tanggungjawab berat yang digalas oleh para guru di samping tekanan yang dihadapi sedikitpun tidak melunturkan rasa kasih dan sayang kepada anak-anak didik semua. Semua guru yang ada di hadapan murid-murid semua adalah guru penyayang. Kehadiran murid ke sekolah tentulah dengan harapan dan semangat untuk menimba ilmu dan mempertingkat kualiti diri. Setiap murid di mata dan hati seorang guru adalah permata yang mempunyai keistimewaan dan kebolehan tersendiri. Jika digilap dan dikembangkan potensinya nescaya akhirnya mereka dapat menjadi individu dan warganegara yang berdaya saing, berfikiran kreatif dan kritis, berbudi pekerti mulia dan sedar akan kepentingan amalan berterima kasih. Sekiranya ada antara murid-murid yang ditegur oleh guru, janganlah mudah berkecil hati atau merasa diri kurang disayangi. Anggaplah para guru sebagai ibu dan bapa di sekolah yang sentiasa mengambil berat dan menginginkan yang terbaik untuk murid-murid semua.
9. Akhir kalam, besarlah harapan saya agar warga pendidik yang dikasihi sekalian terus melaksanakan amanah yang diberi penuh dedikasi, bertunjangkan integriti dan berlandaskan etika perkhidmatan. Selaku pencetus, penggerak dan pemegang amanah kepada proses transformasi sistem pendidikan negara, warga pendidik mempunyai kedudukan tersendiri, disegani dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Marilah kita teruskan amalan budaya kerja cemerlang, sikap kebertanggungjawaban, istiqamah dan semangat mujahadah setiap daripada kita untuk melakukan yang terbaik demi nusa dan bangsa. Sebagai penutup, ingin saya titipkan mutiara kata Syeikh Muhammad Abduh, seorang tokoh pendidikan di Mesir, “Kemuliaan ialah membangun umat yang telah binasa, membuka selubung kebodohan mereka, memberi peringatan dan petunjuk (hidayah), menuntut hak yang terampas, mengingatkan akan kemuliaan yang hilang, membangun umat dari tidur dan kelalaian mereka, serta menyatukan suara untuk memperbaharui gerak langkah”.
WARGA PENDIDIK YANG DIKASIHI SEKALIAN
TERIMA KASIH CIKGU … “SELAMAT HARI GURU”!
DATO’ SRI ABD GHAFAR BIN MAHMUD
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Perutusan Hari Guru 2012
Rabu, 4 April 2012
Paparan Tertunda Aktiviti Menjinakkan Sang Sepit Biru Ulu Basir
Salam sejahtera, salam hormat kepada pengunjung setia,peminat aktiviti menjoran,pembaca senyap laman Puakajoran.Kemaafan dipinta kerana sudah agak lama tidak memaparkan aktiviti menjoran di ruangan ini.Senyap tidak bererti aktiviti terhenti.Walaupun sibuk dengan aktiviti rutin yang semakin menyesak walaupun pada masa atau waktu-waktu yang dahulunya dianggap senggang, sesekali ke lokasi juga untuk beraksi bersama-sama rakan tegar.
Teruja dengan perkhabaran teman-teman yang mengatakan Sang sepit Biru kembali lahap menjamah umpan, saya, Pak Man Juragan dan Mat Trolak menyusuri jalan ladang melalui Behrang Station hinggalah ke Jambatan Muhibah.Kami menyewa motorbot yang disediakan oleh pengusaha aktivi sungai secara kecil-kecilan di situ.Harganya agak murah.RM 50/ hari.
Berumpankan cacing semata-mata kami tiada pilihan.Walaupun hati sangat teringin menjinakkan Sang kelabau namun hasrat terpaksa dilupakan.Cuaca yang mendung berpanjangan membantutkan usaha kami menjinakkan kelabau.
Sang Sepit Birupun seakan malas menjamah umpan.Kemungkinan disebabkan keadaan air yang terlalu sejuk dek hujan berpanjangan semalam.Apapun, usaha tetap diteruskan.Dari satu lubuk kami berpindah ke satu lubuk yang lain.Hasilnya....
Hanya beberapa ekor udang bersaiz sederhana dan kecil.Jenggo?Langsung tidak tersangkut pada mata kail.
Aktiviti kami terpaksa ditamatkan agak awal kerana hujan lebat dan petir.Dalam kesejukan terpaksa menempuh perjalanan yang agak payah menuju destinasi pulang.Purata tidak sampai 20 ekor udang yang kami perolehi setiap seorang.Rezeki anak-anak untuk dicampurkan sebagai rencah mee segera.
* Aktiviti ini kami lakukan pada pertengahan Februari 2012.Paparan seterusnya aktiviti menjinakkan tenggiri Tuas yang bersama-sama rakan pancing Klang - Ali Alphat dan rakan-rakan - Tokan.
Label:
Udang galah,
Ulu Basir
Langgan:
Catatan (Atom)
Tokoh Yang Terpinggir- Allahyarham Yahya Nassim - Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka Oleh Fahmi Reza
Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka from fahmi reza on Vimeo.
Ustaz Yahya Nassim,berasal dari Ulu Langat, Selangor. Sebelum perang, beliau telah menganggotai Kesatuan Melayu Muda (KMM), parti politik Melayu pertama di Malaya, di bawah pimpinan Ibrahim Yaakob. Menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) selepas perang, beliau merupakan Ketua PKMM negeri Selangor dan telah dilantik sebagai Timbalan Bendahari dalam Kongres PKMM yang kedua pada bulan Disember 1946 di Melaka. Semasa kongres inilah, Dr. Burhanuddin Helmy, Yang Dipertua PKMM melafazkan sajaknya yang terkenal: Di atas robohan kota Melaka. Kita dirikan jiwa merdeka. Bersatu-padulah seluruh baka. Tuntut hak keadilan pusaka. .....SELAMAT MENYAMBUT HARI HARTAL 20.10.2011 http://10tahun.blogspot.com/SEKADAR RENUNGAN
“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah jika berhujah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu”- Imam as Syafie.
AGAMA DAN POLITIK الدين سياسة٬اقامة الدين وسياسة الدنيا بھ
-
Diktator Mubarak Dihukum, Mubarak M'sia Bila Lagi?14 min yang lalu
-
-
Debat PAS vs UMNO: Siapa Sesat?5 beberapa jam yang lalu
-
FELDA dicabar kemuka dana amanah untuk peneroka9 beberapa jam yang lalu
-
【当今大马】一周内接连发生三起骇人案件 . 张念群促警方莫自爽罪案下降14 beberapa jam yang lalu
-
Mengigau malam dan terkencing ataih tilam dia weh19 beberapa jam yang lalu
-
Mudah saja nak sebut ke Putrajaya-Mat Sabu1 hari yang lalu
-
Macam Bangkai Anjing...!!!!1 hari yang lalu
-
Buku Ustaz Toolkit Fardu Ain Telah Diterbitkan2 beberapa hari yang lalu
-
KARTUN PUN DI TAKUTI2 beberapa hari yang lalu
-
9 TIPS KEPADA ISTERI MENJAGA RUMAHTANGGA1 minggu yang lalu
-
Tanda Sokongan Tuntutan Royalty Olih Rakyat Kelantan1 minggu yang lalu
-
NAGA - SALJI - PUTRAJAYA1 minggu yang lalu
-
SELAMAT HARI GURU 20122 beberapa minggu yang lalu
-
-
BERSIH 3.0 SELURUH DUNIA4 beberapa minggu yang lalu
-
Mukmin harus tahu bab Politik4 beberapa minggu yang lalu
-
Perkembangan terkini pembinaan kompleks Madrasah Khairu Ummah sehingga Januari 20122 beberapa blan yang lalu
-
Masalah penduduk Batu 113 beberapa blan yang lalu
-
Turki hadiahkan rambut Rasulullah kepada Chechnya3 beberapa blan yang lalu
-
fakta kronologi hubungan umno - israel.. sebarkan!3 beberapa blan yang lalu
-
ADUAN PENIAGA DI BAGAN SERAI4 beberapa blan yang lalu
-
-
Novel Terakhir...5 beberapa blan yang lalu
-
Dr. Hassan Ali Patut Ketuai Tuntutan Royalti Minyak & Gas Kelantan5 beberapa blan yang lalu
-
KENYATAAN TGNA : PERKAUMAN DAN PERTEMBUNGAN AGAMA BENTENG TERAKHIR UMNO9 beberapa blan yang lalu
-
Derita Budya Darat10 beberapa blan yang lalu
-
Di ambang kebangkitan Islam1 tahun yang lalu
-
-
Blog ini di K.I.V. kan..2 beberapa tahun lalu
Peringatan Kepada Yang Lupa
IBADAH SOLAT JANGAN DIABAIKAN
Rakan-rakan Puakajoran sekalian, di manapun kita menjoran dan dalam situasi bagaimana sekalipun, amalan solat jangan diabaikan. Usahakan seboleh-bolehnya untuk menunaikannya. walau dalam keadaan dan keupayaan yang terbatas. Solat itu fardhu. Justeru itu menjadi kewajipan bagi setiap penjoran bersedia dengan bekalan untuk solat sebagaimana usaha kita menyediakan bekalan makan dan minum ketika melakukan aktiviti ini. Ingat kaedah usul fikh “ tidak sempurna wajib melainkan dengannya wajib”.
Sebagai contoh wajib untuk kita menyediakan baldi jika dengan baldi itu dapat mengangkat air untuk berwuduk. T
idak perlu beriya-iya dengan kain pelikat atau songkok yang pelbagai, memadailah dengan pakaian yang menutup aurat dan pakaian yang kita yakini bersih. Islam menggalakkan umatnya sentiasa berada dalam keadaan bersih sepanjang masa. Alas untuk solat tidak semestinya dari sejadah baldu tetapi memadailah lapikan daun pisang, kertas surat khabar atau di atas pelepas sawit dan daun paku. Jika kesukaran mendapatkan air kerana tebing yang tinggi atau sungai berbuaya gunakan kemahiran untuk mendapatkan air dengan menggunakan tali pancing dan bekas plastik.
Jika pakaian terkena najis wajib dibasuh sekiranya kita nampak najis dan kesannya pada pakaian kita. Jika tidak, pakaian kita tetap bersih sebagaimana kita mula memakainya tadi dan bolehlah menunaikan solat dengan pakaian itu. Tidak menjadi kesalahan memakai pakaian basah sewaktu bersolat jesteru jika terdesak terjun sahaja ke dalam sungai dan dan segeralah naik untuk menunaikan solat. Ingat! Air yang keruh dan lumpur(selut) juga boleh dibuat bersuci dan berwuduk.
Carilah tempat tinggi sedikit dan pastikan bebas dari najis untuk menunaikan solat. Jangan cari tempat berlurah kerana dibimbangi najis tertakung di situ. Gunakan kepakaran untuk mencari arah matahari terbenam bagi menunjukkan arah kiblat. Kita boleh menggunakan kaedah melihat bintang jika mencari arah kiblat pada waktu malam. Paling tidak, ikut arus air sungai, kebiasaannya arus sungai semulajadi mengalir ke arah matahari terbenam. Gunakanlah kaedah apa sahajapun asalkan kita yakin.
Jika berada di atas sampan, seboleh-bolehnya naiklah ke tebing. Jika menghadapi kesukaran seperti banjir atau bahaya binatang buas, boleh bersolat di atas sampan dengan cara berdiri atau duduk sekiranya sampan tidak dapat diimbang dengan baik. Gunakan objek seperti beg atau pendayung untuk alas sujud. Ingatlah Islam tidak terletak pada nama, tetapi dapat dilihat pada amalannya.Selamat menjoran dan teruskan menjoran tanpa meninggalkan solat……..Tokan.
http://puakajoran.blogspot.com/2009/08/ibadah-solat.html
Rakan-rakan Puakajoran sekalian, di manapun kita menjoran dan dalam situasi bagaimana sekalipun, amalan solat jangan diabaikan. Usahakan seboleh-bolehnya untuk menunaikannya. walau dalam keadaan dan keupayaan yang terbatas. Solat itu fardhu. Justeru itu menjadi kewajipan bagi setiap penjoran bersedia dengan bekalan untuk solat sebagaimana usaha kita menyediakan bekalan makan dan minum ketika melakukan aktiviti ini. Ingat kaedah usul fikh “ tidak sempurna wajib melainkan dengannya wajib”.
Sebagai contoh wajib untuk kita menyediakan baldi jika dengan baldi itu dapat mengangkat air untuk berwuduk. T
idak perlu beriya-iya dengan kain pelikat atau songkok yang pelbagai, memadailah dengan pakaian yang menutup aurat dan pakaian yang kita yakini bersih. Islam menggalakkan umatnya sentiasa berada dalam keadaan bersih sepanjang masa. Alas untuk solat tidak semestinya dari sejadah baldu tetapi memadailah lapikan daun pisang, kertas surat khabar atau di atas pelepas sawit dan daun paku. Jika kesukaran mendapatkan air kerana tebing yang tinggi atau sungai berbuaya gunakan kemahiran untuk mendapatkan air dengan menggunakan tali pancing dan bekas plastik.
Jika pakaian terkena najis wajib dibasuh sekiranya kita nampak najis dan kesannya pada pakaian kita. Jika tidak, pakaian kita tetap bersih sebagaimana kita mula memakainya tadi dan bolehlah menunaikan solat dengan pakaian itu. Tidak menjadi kesalahan memakai pakaian basah sewaktu bersolat jesteru jika terdesak terjun sahaja ke dalam sungai dan dan segeralah naik untuk menunaikan solat. Ingat! Air yang keruh dan lumpur(selut) juga boleh dibuat bersuci dan berwuduk.
Carilah tempat tinggi sedikit dan pastikan bebas dari najis untuk menunaikan solat. Jangan cari tempat berlurah kerana dibimbangi najis tertakung di situ. Gunakan kepakaran untuk mencari arah matahari terbenam bagi menunjukkan arah kiblat. Kita boleh menggunakan kaedah melihat bintang jika mencari arah kiblat pada waktu malam. Paling tidak, ikut arus air sungai, kebiasaannya arus sungai semulajadi mengalir ke arah matahari terbenam. Gunakanlah kaedah apa sahajapun asalkan kita yakin.
Jika berada di atas sampan, seboleh-bolehnya naiklah ke tebing. Jika menghadapi kesukaran seperti banjir atau bahaya binatang buas, boleh bersolat di atas sampan dengan cara berdiri atau duduk sekiranya sampan tidak dapat diimbang dengan baik. Gunakan objek seperti beg atau pendayung untuk alas sujud. Ingatlah Islam tidak terletak pada nama, tetapi dapat dilihat pada amalannya.Selamat menjoran dan teruskan menjoran tanpa meninggalkan solat……..Tokan.
http://puakajoran.blogspot.com/2009/08/ibadah-solat.html



